Monday, September 22, 2008

Refleksi minggu ke-2

Kelas minggu ini dijalankan dengan lancar. proses p&p dijalankan dengan baik. Murid-murid dapat mengggunakan bahan yang disediakan dalam komputer sebagai bahan pembelajaran mereka dengan baik.

kelemahan dalam makmal komputer sekolah ini ialah tidak semuanya komputer mempunyai speaker. Oleh itu, tidaklah semua murid dapat menggunakan komputer yang mempunyai speaker pada masa yang sama.

Untuk mengatasi masalah tersebut, saya perlu memilih komputer yang mempunyai speaker untuk kegunaan murid saya. Bagi komputer murid yang tidak mempunyai speaker, maka mereka perlu berkongsi mendengar dengan murid yang lain.

Kali kedua saya mengajar di kelas ini, disiplin kelas ini adalah memuaskan.
Saya dapati murid yang cekap tidak boleh duduk dalam satu kumpulan. Ini kerana
mereka akan merebut tetikus untuk mengawal komputer semasa pembelajaran.

Oleh itu, saya mengambil perhatian dan mengagihkan murid-murid dalam kumpulan yang sesuai.

Murid-murid dapat menggunakan bahan html yang disediakan dengan baik dalam pembelajaran mereka.

Keseluruhannya, proses p&p dapat dijalankan dengan lancar.

1 Comment:

Anonymous said...

kenapa you asyik jumpa Pn Gan hari ini ek? tumpang sekali boley tak?

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online